Tuesday 20 May 2014

Murid lapan tahun maut terjatuh dari tingkat 15

KUALA LUMPUR 19 Mei- Seorang murid lelaki Tahun Dua ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat 15 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Danial Abdullah, 8, murid Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Cheras dikatakan sedang bermain di tingkat itu bersama rakannya sebelum terjatuh.
"Tingkat berkenaan sedang menjalani kerja pengubahsuaian sejak minggu lepas. Mangsa dikatakan memanjat tembok dan terjatuh," katanya sambil menambah mangsa cedera parah di kepala dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat murid tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.- BERNAMA


Monday 5 May 2014

Les'Copaque bangun taman tema Upin & Ipin

Les'Copaque bangun taman tema Upin & Ipin
Syarikat cari rakan kongsi, kumpul dana RM700 j bina projek di Sepang 

Les’ Copaque Production Sdn Bhd, syarikat penerbitan kandungan animasi tempatan, sedang mengumpul dana bagi membangunkan taman tema Upin & Ipin, berkonsep seperti Disneyland di Amerika Syarikat yang sesuai untuk hiburan seisi keluarga. 

Pengurus Pemasaran Antarabangsa, Karyabudi Mohd Aris, berkata taman tema itu yang dijangka membabitkan kos antara RM500 juta hingga RM700 juta itu bakal menjadi mercu tanda populariti animasi Upin & Upin. 

"Kami sedang mencari syarikat yang berminat untuk bekerjasama bagi membangunkan taman tema Upin & Ipin," katanya ketika ditemui selepas Bengkel Kandungan Digital di Kuala Lumpur, semalam. 

Suasana hiba di kediaman anak bongsu Aziz Sattar


CHERAS: Suasana hiba menyelubungi kediaman anak bongsu Allahyarham Datuk Aziz Sattar di Bandar Tun Hussein Onn, di sini apabila adik beradiknya yang datang dari Singapura terlampau sedih sehingga terpaksa dipapah. 

Dua adiknya, Zaini dan Umaiyah tiba pada jam 9.40 pagi manakala seorang lagi saudara terdekat mereka, Aminah yang sampai lebih awal dilihat sudah berada di sisi jenazah sambil ditenangkan saudara mara. 

Seniman veteran itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun akibat penyakit jantung di Hospital KPJ Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi. 


Terdahulu, beliau dimasukkan ke wad sehari sebelumnya selepas mengadu sakit dada namun ketika itu keadaannya tidak membimbangkan. 

Anak perempuannya, Sandakiah memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn selepas Zuhur. 

Aziz Sattar meninggal dunia

Aziz Sattar meninggal duniaPELAKON veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. - Foto Afendi Mohamed
Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. 

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. 

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

Monday 14 April 2014

1. Persatuan sangkal harga daging akan naik RM40 sekilo - Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini menyanggah laporan sebuah akhbar yang mendakwa harga daging lembu tempatan mungkin naik sehingga RM40 sekilogram akibat kekurangan bekalan yang dikatakan mencapai tahap krisis bermula Jun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Gabungan Persatuan Penternak Ruminan Malaysia memberi jaminan kepada beliau harga bahan tersebut tidak akan naik setinggi itu. 
"Mereka maklumkan kepada saya dalam pertemuan hari ini, maklumat yang diperoleh oleh akhbar berkenaan bukan daripada mereka dan mereka beri jaminan tidak mungkin harga akan naik sebanyak itu," katanya dalam sidang media selepas pertemuan dengan persatuan tersebut, di sini. 


Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata isu kekurangan bekalan daging lembu bukan perkara baharu dan pihaknya sudah mengambil beberapa langkah bagi memastikan bekalan sentiasa cukup.

Malaysia katanya sudah mengubah dasar dan tidak bergantung kepada import dari Thailand dan Vietnam semata-mata, sebaliknya mengimport dari negara lain seperti Amerika Selatan, Myanmar dan Kemboja.

Katanya, sebanyak 20,000 ekor lembu hidup dari Myanmar akan dibawa masuk ke negara ini setiap tahun manakala perbincangan dengan Kemboja pula di peringkat akhir.

"Bagaimanapun dasar kementerian adalah memperbanyakkan lembu tempatan dan mengurangkan lembu import. Sebab itu kita berbincang bagaimana untuk menambah lembu tempatan," katanya. 
Bagi memperkukuh sistem pengeluaran lembu tempatan, beliau berkata kawasan kekal pengeluaran ruminan akan diwujudkan selain menggalakkan lebih banyak usahawan ternakan terlibat dalam aktiviti penternakan ruminan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata bagi mengelakkan kenaikan harga secara mendadak, beberapa langkah sudah diambil antaranya membenarkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengimport lembu hidup dari Kemboja dan penternak dibenar menjual daging lembu tempatan di 525 pasar tani seluruh negara.

Selain itu mereka turut dibenar menjalankan aktiviti penyembelihan di rumah sembelih yang memenuhi syarat ditetapkan dan dilesenkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar selain rumah sembelih sedia ada, katanya.

Sabtu lepas, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan kekurangan bekalan daging lembu tempatan dijangka mencapai tahap krisis bermula Jun dan kritikal menjelang Oktober dengan harga seekor lembu meningkat melebihi RM4,000 dan harga daging segar pula mencecah RM40 sekilo.

Laporan itu turut menyebut jangkaan kenaikan harga berkenaan didakwa akibat bekalan lembu import daripada negara pembekal, khususnya Australia semakin terhad selain kenaikan mendadak harga lembu Thailand sejak awal tahun ini. - BERNAMA

2. Mercedes pushes for Red Bull sanction in dispute

PARIS: Mercedes tore into Formula One rival Red Bull at an appeals court hearing Monday over the disqualification of Daniel Ricciardo at the Australian Grand Prix, saying the team flouted rules and must be shown a “yellow card” to stop it from becoming a repeat offender.

The court said it expected to deliver its ruling by Tuesday morning. In its appeal, Red Bull argued that race officials should not have stripped Ricciardo of his second-place finish, and the 18 points that go with it, for breaching F1’s new rules on fuel usage.  
   
The case represented the first major challenge to this season’s sweeping rule changes, which have seen F1 ditch 2.4-liter, V8 engines for smaller 1.6-liter, V6 turbo hybrid engines.  
   
The rules are forcing teams to be more fuel efficient, allowing them to burn no more than 100 kilograms per race, about one third less than the V8s used.
 
The rules also limit the rate at which fuel is burned to no more than 100 kilograms per hour at any time.  
   
Red Bull was accused of consistently overstepping that mark with Ricciardo’s car in the season-opening race on March 16 in Melbourne.
 
Governing body FIA told Red Bull during the race that Ricciardo’s car was burning through fuel too quickly.
 
The team dialed back the flow for a few laps.
 
But after that slowed Ricciardo, Red Bull then turned his engine back up again.  
   
Red Bull argued to motorsport’s Paris-based tribunal for resolving disputes, the International Court of Appeal, that the FIA-approved sensor used to measure the delivery of fuel to Ricciardo’s car was faulty and so the team relied instead on its own fuel-flow measurements.  
   
Representing Red Bull, lawyer Ali Malek said Ricciardo’s fuel sensor was “obviously unreliable,” his disqualification based on a “flawed and incorrect” interpretation of F1 rules and that the team was perfectly entitled to use its own fuel-flow calculations.  
   
Mercedes lawyer Paul Harris argued that Red Bull was in “flagrant breach” of F1 rules.
 
He said the court should impose an increased but suspended penalty on Red Bull to dissuade the team from any further rule violations.  
   
“We are frankly, and with great respect, concerned that Red Bull have shown such a flagrant and deliberate disregard for these rules,” Harris said. “There is a real risk that they will do it again.  
   
“We must have a level playing field,” he added.
 
“We respectfully submit, gentlemen, that the most effective way of ensuring that Red Bull do not flout further written and oral instructions from the FIA for at least the remainder of this season is for this court to recognize the severity of their infringement and to impose a further sanction upon them.”  
   
Harris accused Red Bull of knowingly and repeatedly ignoring instructions from FIA official Fabrice Lom to turn down the fuel flow to Ricciardo’s engine, because the team did not want to slow the Australian driver.  
   
“They knew they were not complying with the technical directives, they knew they weren’t doing what Mr. Lom had said repeatedly and they knew full-well that it was being done in order to obtain an express sporting advantage — 0.4 seconds per lap for Mr. Ricciardo,” he said.    
   
Harris said FIA-approved sensors that teams use to measure their rates of fuel usage are “rigorously tested and rigorously calibrated.”
 
He also argued that Red Bull’s own alternative system which the team used to measure Ricciardo’s fuel use is “not 100 percent accurate.”  
   
“Red Bull thinks it is entitled to pick and choose between the measurements whenever it suits Red Bull,” Harris said.  
Harris also asked: If FIA allows Red Bull not to follow instructions on fuel flow, “then what is to stop a team ignoring the FIA when it comes to other measurement systems, for instance the weight of the car?”   
   
Other teams “could also with impunity ignore technical directives and instructions from the FIA,” Harris said. “That must be wrong.”  
   
FIA lawyer Jonathan Taylor argued that the “essence” of sport is that all competitors abide by the same rules.   
   
“A team cannot pick and choose,” he said.  
   
Red Bull confirmed that it initially turned down the fuel for Ricciardo, because Lom asked it to.
 
But after that affected Ricciardo’s performance, Red Bull engineers decided to turn the fuel rate back up again.  
   
Much of the hearing was taken up with detail about the accuracy and reliability of the sensors, how engine temperature and other factors might impact the readings, and how their accuracy compares with alternative, computer-generated fuel-flow measurements that Red Bull used.--AP
Red Bull technical director Adrian Newey, right, and Red Bull team principal Christian Horner, left, talk with Charlie Whiting, center, International Automobile Federation (FIA) Race Director, during an FIA Appeal Court hearing, Paris, Monday, April 14, 2014. The dispute resolution tribunal for motorsport is hearing Red Bull's case against the disqualification of Daniel Ricciardo from the Australian Grand Prix.

3. Padah cabul

Oleh Hadzlihady Hassan
BALIK PULAU: Seorang lelaki cedera di muka kerana terjatuh dari tingkat tiga ketika dia melarikan diri selepas perbuatannya memecah masuk sebuah rumah flet dan mencabul seorang penghuni yang ketika itu sedang tidur disedari dalam satu kejadian di Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan masuk ke rumah terbabit sebelum dia cuba mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu.
Menurut sumber, mangsa yang berusia lingkungan 20-an hanya menyedari kejadian itu selepas berasa tubunya diraba suspek sebelum dia menjerit.

"Jeritan mangsa membuatkan suspek terkejut dan dia cuba melarikan diri apabila melihat beberapa penghuni di kawasan itu tiba di rumah berkenaan.
Foto
SUSPEK yang terjatuh dari tingkat tiga.

"Suspek cuba melarikan diri melalui pintu dapur namun dia tidak bernasib baik apabila terjatuh dari tingkat tiga rumah berkenaan menyebabkannya tersembam di simen dan mengalami kecederaan teruk di muka," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan setakat ini suspek sudah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

4. Budak maut van terjun kolam

Oleh Mary Victoria Dass
Johor Bahru: Seorang murid tadika Kemas berusia empat tahun maut manakala lima lagi cedera apabila van sekolah dinaiki mereka terjunam ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti di sini, tengah hari tadi.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik kesihatan berhampiran.
Lima lagi kanak-kanak yang cedera dalam kejadian 12.15 tengah hari itu dikenali sebagai Nur Aima Abd Razak, 5; Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5; Danial Asyraf Abdullah, 5; Danial Aiman Md Gefri, 6; dan Sakinah Roslan, 5.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada van yang diparkir menggelongsor dan merempuh pagar sebelum terjunam ke dalam kolam kumbahan berkenaan.
Foto

Difahamkan, wanita pemandu van terbabit meletakkan kenderaannya di situ bagi mengambil semua mangsa dari tadika Kemas berhampiran.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/14

5. Kerjasama tentera pelbagai negara

Kuala Lumpur : Gerakan besar-besaran mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 menjadi bukti jelas betapa tentera dari pelbagai negara boleh bekerjasama dan memupuk kepercayaan antara satu dengan lain.
Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen berkata, walaupun sesetengah kawasan mencari pesawat itu terlibat dengan pertikaian wilayah, namun tentera dari negara di rantau ini dan masyarakat antarabangsa berupaya mengetepikan perbezaan pendapat antara mereka. 

"Tentera rantau ini dan negara mereka memupuk sikap saling mempercayai apabila mereka membantu satu sama lain atau bekerjasama untuk membantu sebuah negara lain.

"Saya telah sebut tentang kesan positif terhadap ketenteraan melalui kerjasama yang wujud dalam usaha mencari MH370 ketika ini," katanya dalam ucapan pada Forum Putrajaya 2014 di sini, hari ini.

Bertemakan 'Mengukuhkan Keselamatan dan Kestabilan Serantau', forum itu diadakan bersempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-14. 

Ng berkata, respons antarabangsa terhadap kejadian kehilangan pesawat itu menunjukkan dengan jelas peranan pasukan tentera moden yang semakin berkembang. 

"Kebanyakan respons ketenteraan terhadap tragedi awam melibatkan MH370 adalah secara spontan kerana masyarakat global bersimpati dengan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga dan rakan penumpang MH370. 

"Pertolongan antarabangsa datang mencurah-curah. Di samping itu, respons ketenteraan global terhadap MH370 bukanlah sesuatu yang bersifat 'one-off' dan menunjukkan hingga sejauh mana pihak tentera kini menyumbang secara aktif dalam bidang bukan tradisional," katanya. 

Singapura, kata beliau, telah mengerahkan kapal penyelamat kapal selam, frigate bersama helikopter, missile corvette, pesawat C130 serta Fokker-50 dan memberi jaminan akan terus membantu Malaysia selagi diperlukan. 

Menurut Ng, penglibatan tentera juga semakin meningkat dalam menangani cabaran bukan keselamatan berkaitan keganasan, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, bencana alam, wabak biologi dan keselamatan siber. 

Beliau berkata, melalui langkah pembinaan keyakinan, risiko tersilap membuat perkiraan, termasuk berkaitan cabaran tardisional seperti pertikaian wilayah, dapat dikurangkan. - BERNAMA 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/14